AKAK INTAN PUNYA PASAL

Kami berkongsi maklumat sama petang itu. Laporan yang saya terima dari rakan-rakan mengesahkan berlaku viral di kawasan kami. Siti dan Rozie yang sedikit lewat menyertai kami juga membawa berita yang serupa. Malahan pagi tadi, saya sendiri waktu terserempak dengan Shahril di kedai India hujung kampung juga mendengar perkhabaran yang sama. Shahril sedang dikerah untuk mencari ke segenap pelusuk kampung. Kasihan saya melihatnya.

Rozie mengatakan, ini berpunca dari Kak Intan. Kumpulan kami harus bersatu untuk menyatakannya secara lebih terbuka. Jika perlu protes kami akan protes. Buat permulaan, kami akan menghantar memo sebagai bantahan mulut yang awal. Izam dan Shukri sudah memulakan demo awal mereka di rumah. Mereka sangat berani dan berprinsip.

Ini Kak Intan punya pasal… Kata Ijam tegas.

Selama dua minggu kami hampir pitam melayan apam ayu berwarna hijau berinti kelapa di bawahnya. Sejak Kak Intan selaku guru memasak di Tabika Kemas memperkenalkan resepi ini di mesyuarat lepas. Kaum ibu sangat viral. Di mana-mana rumah memperagakan perlawanan apam ayu paling lembut. Selagi tidak lembut, kaum ibu tidak akan mengalah dengan cabaran ini.

Kami perlu protes agar Kak Intan menghentikan viral ini kepada resepi lain. Mana kuih keria dan pisang goreng.

Jelak plak menengoknya.

Saya Dan Collin

Collin Standrow ada di antara celah-celah deretan kedai dan rumah lama berwajah moden di antara Roland Way ke Gilston Road sebelum ke Jalan Besar Fulham.

Jika turun di Kensington UG, bagus cuaca Saya jalan sendiri samada muncul dari arah depan Bolton Green atau dari mana-mana celah lorong tembus sekitarnya.

Jika hari bola, saya lebih senang turun jauh di Kensington UG berbanding terpaksa berhimpit-himpit di Fulham Station. Ramai-ramai mereka sudah mula menyanyi dan berjalan.

Pub sekitar juga sedari semalam sudah menambah bekalan beer dan rider sandwich mundar mandir menghantar makanan untuk pocket shop di sepanjang laluan ini.

Collin Standrow ada di sana.

Jelas dan terang pada waktu itu. Masih sangat baru.

Berhampirannya ada kerusi panjang dengan latar dinding batu merah yang kemas. Ribbon window berlapis dan sedikit terkeluar tanda di belakang dindingnya adalah chimney.

Saya mula perasan kehadiran Collin Standrow sejak beberapa hari yang lalu. Pulang dari museum untuk ke ICR (The Institute of Cancer Research, London) menunggu bas pasti kelibat Collin Standrow ada di situ.

Waktu Stamford Bridge beraksi sahaja, Collin Standrow kelihatan sendiri. Tiada teman setianya seperti hari-hari yang biasa.

Sewaktu lama di Kent dahulu. Saya jarang bertemu dengan misteri-misteri begini. Walaupun Kent itu terkenal sangat misterinya dari lebuhraya M20 hingga ke Rochester apatah lagi tasik-tasik dan bangunan lamanya yang tua menghadap ke mulut Selat Inggeris memandang Eropah besar. Starbucknya sahaja sudah berwarna hitam. Serba serbi hitam.

Kunci pintu pertama rumah sewa Kelly Dunt saya sahaja sebesar tapak tangan lelaki dewasa. Sangat lama sangat vintage namun tegap berfungsi. Kunci itu wajib tergantung di pintu kedua tangga sebelum keluar. Mrs Dunt tidak membenarkan kami membawanya ke sana sini, bimbang keciciran atau terlupa. Tiada penduanya dan sudah tiada locksmith yang mampu meniru rupa kunci sebegitu.

Petang itu, saya berjalan perlahan. Lewat di lorong-lorong pintas ke ICR seperti selalunya. Hari itu 12’celcius pukul 2 petang. Cecah 4’c, salji boleh turun saya tak boleh lari. Langit terang tidak berawan tetapi tidak memanaskan langsung. Angin dari sungai berdepan Battersea ibarat tidur tak berbaju dengan kipas angin nombor 3 di kala hujan lebat awal pagi. Sejuk, nyilu, dalam dan mengggigit. Saya duduk mendekati Collin Standrow. Mencari rokok. Memperkemaskan butang jaket, menyorok hidung dan dagu kedalamnya.

Rakan kepada Collin Standrow datang dan mengambil tempat. Kami berdua sahaja.

Gadis berambut panjang, bermata coklat muda dengan garis dagu yang perfect simetri. Persis Sama 85% seperti Emma Roberts.

Kami berpandangan. Saya senyum sendiri. Beliau tunduk sendiri.

Dan seperti biasa. Gadis itu mengulangi kebiasaanya seperti yang sering saya perhatikan. Beliau menangis. Tersedu-sedu. Mengesat hidung dan mata. Bercakap sendiri. Membaca satu demi satu diary dan nota di belakang gambar. Suaranya turun naik. Hilang-hilang. Loghatnya berbunyi Irish yang kuat. Collin Standrow menyanyilah dengan ku…kata gadis itu. Sepuluh minit begitu. Saya menemaninya melakukan luahan rindu kepada Collin Standrow.

Gadis itu, mengeluarkan dua tin beer. Satunya, kepada saya. Minta di tukarkan dengan sebatang rokok.

Kami mula berbual, panjang dan sangat panjang.

Collin Standrow adalah nama yang terguris di dinding batu di belakang kami. Torehannya sangat dalam membekas. Menggunakan kunci kereta yang sering mereka memandu bersama.

Collin Standrow sudah sebulan meninggalkan dunia kerana kegagalan fungsi jantung selepas melakukan terapi kimo melawan kanser otak di tahap empat.

Saya melihat ketekunan seorang wanita Irish mengulangi rutinnya sejak dua tahun sebelumnya. Menemani dan mendorong Collin Standrow untuk kuat dan terus kuat.

Adakah wanita begitu, jika saya senasib Collin Standrow…?

Iklan epm women breast ini adalah berbayar.