AKAK INTAN PUNYA PASAL

Kami berkongsi maklumat sama petang itu. Laporan yang saya terima dari rakan-rakan mengesahkan berlaku viral di kawasan kami. Siti dan Rozie yang sedikit lewat menyertai kami juga membawa berita yang serupa. Malahan pagi tadi, saya sendiri waktu terserempak dengan Shahril di kedai India hujung kampung juga mendengar perkhabaran yang sama. Shahril sedang dikerah untuk mencari ke segenap pelusuk kampung. Kasihan saya melihatnya.

Rozie mengatakan, ini berpunca dari Kak Intan. Kumpulan kami harus bersatu untuk menyatakannya secara lebih terbuka. Jika perlu protes kami akan protes. Buat permulaan, kami akan menghantar memo sebagai bantahan mulut yang awal. Izam dan Shukri sudah memulakan demo awal mereka di rumah. Mereka sangat berani dan berprinsip.

Ini Kak Intan punya pasal… Kata Ijam tegas.

Selama dua minggu kami hampir pitam melayan apam ayu berwarna hijau berinti kelapa di bawahnya. Sejak Kak Intan selaku guru memasak di Tabika Kemas memperkenalkan resepi ini di mesyuarat lepas. Kaum ibu sangat viral. Di mana-mana rumah memperagakan perlawanan apam ayu paling lembut. Selagi tidak lembut, kaum ibu tidak akan mengalah dengan cabaran ini.

Kami perlu protes agar Kak Intan menghentikan viral ini kepada resepi lain. Mana kuih keria dan pisang goreng.

Jelak plak menengoknya.

Saya Dan Collin

Collin Standrow ada di antara celah-celah deretan kedai dan rumah lama berwajah moden di antara Roland Way ke Gilston Road sebelum ke Jalan Besar Fulham.

Jika turun di Kensington UG, bagus cuaca Saya jalan sendiri samada muncul dari arah depan Bolton Green atau dari mana-mana celah lorong tembus sekitarnya.

Jika hari bola, saya lebih senang turun jauh di Kensington UG berbanding terpaksa berhimpit-himpit di Fulham Station. Ramai-ramai mereka sudah mula menyanyi dan berjalan.

Pub sekitar juga sedari semalam sudah menambah bekalan beer dan rider sandwich mundar mandir menghantar makanan untuk pocket shop di sepanjang laluan ini.

Collin Standrow ada di sana.

Jelas dan terang pada waktu itu. Masih sangat baru.

Berhampirannya ada kerusi panjang dengan latar dinding batu merah yang kemas. Ribbon window berlapis dan sedikit terkeluar tanda di belakang dindingnya adalah chimney.

Saya mula perasan kehadiran Collin Standrow sejak beberapa hari yang lalu. Pulang dari museum untuk ke ICR (The Institute of Cancer Research, London) menunggu bas pasti kelibat Collin Standrow ada di situ.

Waktu Stamford Bridge beraksi sahaja, Collin Standrow kelihatan sendiri. Tiada teman setianya seperti hari-hari yang biasa.

Sewaktu lama di Kent dahulu. Saya jarang bertemu dengan misteri-misteri begini. Walaupun Kent itu terkenal sangat misterinya dari lebuhraya M20 hingga ke Rochester apatah lagi tasik-tasik dan bangunan lamanya yang tua menghadap ke mulut Selat Inggeris memandang Eropah besar. Starbucknya sahaja sudah berwarna hitam. Serba serbi hitam.

Kunci pintu pertama rumah sewa Kelly Dunt saya sahaja sebesar tapak tangan lelaki dewasa. Sangat lama sangat vintage namun tegap berfungsi. Kunci itu wajib tergantung di pintu kedua tangga sebelum keluar. Mrs Dunt tidak membenarkan kami membawanya ke sana sini, bimbang keciciran atau terlupa. Tiada penduanya dan sudah tiada locksmith yang mampu meniru rupa kunci sebegitu.

Petang itu, saya berjalan perlahan. Lewat di lorong-lorong pintas ke ICR seperti selalunya. Hari itu 12’celcius pukul 2 petang. Cecah 4’c, salji boleh turun saya tak boleh lari. Langit terang tidak berawan tetapi tidak memanaskan langsung. Angin dari sungai berdepan Battersea ibarat tidur tak berbaju dengan kipas angin nombor 3 di kala hujan lebat awal pagi. Sejuk, nyilu, dalam dan mengggigit. Saya duduk mendekati Collin Standrow. Mencari rokok. Memperkemaskan butang jaket, menyorok hidung dan dagu kedalamnya.

Rakan kepada Collin Standrow datang dan mengambil tempat. Kami berdua sahaja.

Gadis berambut panjang, bermata coklat muda dengan garis dagu yang perfect simetri. Persis Sama 85% seperti Emma Roberts.

Kami berpandangan. Saya senyum sendiri. Beliau tunduk sendiri.

Dan seperti biasa. Gadis itu mengulangi kebiasaanya seperti yang sering saya perhatikan. Beliau menangis. Tersedu-sedu. Mengesat hidung dan mata. Bercakap sendiri. Membaca satu demi satu diary dan nota di belakang gambar. Suaranya turun naik. Hilang-hilang. Loghatnya berbunyi Irish yang kuat. Collin Standrow menyanyilah dengan ku…kata gadis itu. Sepuluh minit begitu. Saya menemaninya melakukan luahan rindu kepada Collin Standrow.

Gadis itu, mengeluarkan dua tin beer. Satunya, kepada saya. Minta di tukarkan dengan sebatang rokok.

Kami mula berbual, panjang dan sangat panjang.

Collin Standrow adalah nama yang terguris di dinding batu di belakang kami. Torehannya sangat dalam membekas. Menggunakan kunci kereta yang sering mereka memandu bersama.

Collin Standrow sudah sebulan meninggalkan dunia kerana kegagalan fungsi jantung selepas melakukan terapi kimo melawan kanser otak di tahap empat.

Saya melihat ketekunan seorang wanita Irish mengulangi rutinnya sejak dua tahun sebelumnya. Menemani dan mendorong Collin Standrow untuk kuat dan terus kuat.

Adakah wanita begitu, jika saya senasib Collin Standrow…?

Iklan epm women breast ini adalah berbayar.

SEMALAM AKU DI TAPAH

Memandu santai pergi dan pulang di Lebuhraya adalah hobi terbaru saya. Hobi. Betul….Memang itulah hobinya.

Saya lebih selesa heading ke utara berbanding memandu ke selatan. Jika kegilaan naik level, saya pintas menghala Grik untuk memanjat Titiwangsa menuju Kelantan dan pulang melalui pantai Terengganu ke Kuantan sebelum masuk ke Karak dan tiba ke Kuala Lumpur. Saya jarang mengguna LPT. Jalannya Gelap berkabus dan tidak menarik.

Saya memandu sekadar gembira berjalan, cari-cari cendol dan enjoy mandi manda di Rnr, makan buah potong, berbual-bual dengan pemandu lain dan melihat ragam Malaysia.

Perut kenyang, badan segar, kena urut kerusi dua tiga ringgit dan saya akan tidur lena mimpi indah sendirian di dalam kereta. Ahha….

Saya menghidap insomnia. Sejenis penyakit tidak boleh tidur. Tidur yang tidak normal. Atau kesukaran untuk tidur. Kesemua itu, meliputi jenisan insomnia. Setakat Pil tidur, suara sengau tomok atau menonton aksi Maria Ozawa tetap gagal menidurkan saya.

Insomnia saya tidaklah kritikal sehingga boleh mutant berjaga tanpa tidur berhari-hari. Namun saya termasuk kategori penghidap insomnia. Rutin sedari Sekolah lanjut ke Universiti kemudian kerja kemudian ke Universiti kemudian menganggur kemudian kerja dan beruniversiti sehinggalah ke hari ini adalah rutin tidur lambat. Seharian, dua jam sudah memadai bagi saya untuk tidur. Curi-curi setengah jam siang, lima belas minit nap, lima belas minit di awal malam dan sejam sebelum ayam bangun sudah cukup. Bukan dua jam yang solid.

Memandangkan, kerjaya saya melibatkan bidang yang tinggi zat nikotin dan bercafien. Tidur yang kurang dan peningkatan umur menyebabkan saya sering berangin badan dan sesak dada kelemasan asap. Kata Doktor saya gastric kerana 3 habits ini, merokok yang extreme, caffien super extreme dan tidur tidak berkualiti. Andai berlaku serangan gas perut yang membakar ulu hati (heart burn), saya akan berguling gaya Gaban di tendang raksasa. Biar ditelan sepuluh papan antacid sekalipun, gastric saya gagal turun kerana tidak tetap tidur. Ubat gagal berfungsi.

Sejak itu, saya bertitle Insomnia, migrain, High Blood Pressure dan terkini gastric. Itu tidak termasuk lagi sakit tersampuk kelingking kaki dekat kerusi atau terhantuk lutut di cabinet pantry.

Maka, doktor mencadangkan untuk menonton tv untuk mudah tidur. Saya tidak minat menonton.

Mungkin membaca untuk tidur. Saya akan terus membaca hingga ke akhir.

Mungkin bersenam untuk tidur. Saya berfutsal dan sambung kerja hingga ke pagi.

Mungkin memandu malam? Ya….. Saya cubalah yang ini.

Di situlah bermulanya hobi saya memandu ke sana sini tanpa haluan.

“Tapi Encik, resit tol ni dah lebih masa Encik….Sistem Kami tak boleh baca Encik…”

“Semalam Saya di rnr Tapah….bukan keluar mana-mana pun”

Bukan tak bersebab kenapa saya benci tol.

IKLAN BERBAYAR TORNADO POWER BALLS

KAWAN SAYA YANG SEORANG NI – 03

Saya punya ramai kawan-kawan yang hebat-hebat. Sebagai seorang yang purist tanpa sedar dari lahir, dan sosialis di library namun dalam berkawan saya sangat liberal dan demokrasi.

Senarai panjang kawan saya, ada yang jadi artis drama. Ada juga yang wakil negara ke Sukan Komanwel. Ada juga yang masuk bertanding politik lompat-lompat parti. Ada juga yang masuk penjara kantoi jual syabu. Ada juga yang main bola dengan JDT. Siapa…?? Tak perlu sebut nama, itu dalam list kawan saya yang poyo. Ahhak… Abaikan dia biar cerita ini lebih real.

Salah seorang kawan saya yang yermasuk dalam senarai hebat adalah Yatim Sukiman. Namanya sahaja sudah kedengaran sangat magis dan sakti.

Kawan saya Yatim Sukiman ini punya kelebihan bertutur dengan binatang. Ramai yang mengakui kelebihannya. Ramai antara kami yang pernah menyaksikannya.

Pernah suatu masa, Yatim memberi arahan kepada anjing hitam yang sedang menyeringai berdesir bunyi dengan gigi siap siaga untuk menggigit kami. Yatim diam-diam bercakap seperti bunyi angin. Anjing hitam berundur, pusing dan lari menjauh selaju-lajunya dari kami. Kami sangat kagum kerana Yatim berjaya menghalau anjing dengan bahasa haiwan.

Pernah juga waktu itu, jiran saya mengadukan tentang kucing kesayangannya yang sudah tiga malam tidak muncul-muncul. Saya adukan permasalahan itu kepada Yatim. Katanya, pulanglah dahulu nanti dia panggilkan. Kebetulan saya di pagar rumah, kucing jiran saya pulang berjejer berlari dengan badan berlumpur-lumpur menyelinap di celah corak bunga pagar besi. Hebat betul ilmu Yatim Sukiman.

Eh….Oklah. Saya tak boleh tulis panjang-panjang. Saya nak ke hospital melawat Yatim Sukiman kerana ditendang lembu korban semalam.

Saya syak…. Jemaah kariah dia beli lembu import lah ni.

Saya bela kucing.

Suatu masa yang jauh….sewaktu saya masih suci dan teruna di menengah atas.

“Awak….Awak minat kucing tak…? Ada bela…? ” Tanya awek tudung cantik.

“Saya…tak berapa sangat, tapi ada sekor”

“Kucing apa…macam mana…?” Tanya awek mata cantik kawan kepada awek tudung cantik.

“Bukan orang pandai jaga…kat sini. Kucing togel…tak ada bulu..”

“Wooo….kucing yang Mesir tu..sphinx” awek tudung cantik meronta-ronta kaki tanda sudah subur usia.

“Bukan Mesir….Doraemon dari Jepun kan….”

Awek tudung cantik tutup buku. Kami pun memulakan study grup entah haper-haper tanpa beliau.

Din Koboi Yang Bahagia

Din koboi tua dua tahun daripada saya. Pelajarannya ada-ada sahaja. Kata orang, How are you – thank you- i love you. Jadi, Din Koboi menamatkan zaman bujangnya sebelum sempat datang mimpi basahnya buat kali yang kedua. Saya sendiri belum sempat isi borang SPM, Din Koboi sudah berpuluh-puluh kali menjemur tilam kelaminnya waktu itu.

Selepas pulang dari negara superman dan kampung David Beckham. Saya sering juga melawat din koboi. Rumah ibunya cuma beberapa minit sahaja merempit pada kelajuan pak imam dari simpang. Din koboi sudah punya 2 ultraman dan 1 emma maembong kurang lebih sebaya antaranya. Produktif dan subur Din Koboi, sungguh-sungguh di luar sangkaan saya. Tak pandai main pantang-pantang agaknya .

Sejarahnya dulu, Din Koboi inilah punca kepada segala punca hingga bertempiaran budak-budak berkhatan pada tahun itu. Din koboi keluar perlahan dari belakang tabir mudim mengengkang lebar dan meraung sakan. Tangannya menggenggam kuat menghayun-hayun angin gaya kesejukan. Abang Asir menjinjit hujung sarungnya berhati-hati memimpin langkah Din koboi.Selang tiga empat langkah, din koboi meraung sekuat tenaga dan terus black out pengsan. Suasana panik. Bertempiaran budak-budak yang sedang menunggu giliran. Ayah, abang, pakcik yang terlepas genggaman juga bertempiaran mengejar mereka. Din koboi terpaksa ditandu pulang ke rumah mudim nak dijampi air lemah semangat. Marah betul Din Koboi kalau kisah pengsannya itu dikaryakan kawan-kawan di warung tomyam dan mamak. Pasti sentiasa ada ulang ceritanya setiap tiba musim cuti sekolah.

Ini kali yang ke empat saya bertandang ke rumah Din koboi sejak minggu lalu. Botol-botol deodorant kosong masih bersusun di rak tvnya. Sejak minggu lalu lagi mahu saya tanyakan. Saya pasti ianya adalah botol-botol kosong. Apa ke jadah hobi baru Din Koboi mengumpul botol ubat ketiak. Ke….kerajaan ada buat kempen kumpul dan kitar botol ubat ketiak. Musykil betul, maklumlah saya tak menonton buletin utama.

“Hobi apa kau Din…kumpul botol deodorant pulak…?

“Taklah….kadang-kadang boleh ogawa, kadang-kadang boleh osim. Kata Din Koboi.

” Apa punya jawapanlah…”

“Betullah…hang tunggu kejap”din koboi buat gaya tapak tangan iron man .

Abang……!!! Adik…..!!! Din Koboi menjerit.

Anak-anak din koboi melompat-lompat kegembiraan sesekali curi-curi tendang sesama sendiri.

Dua ultramannya sedang menggosok belakang Din Koboi dengan botol deodorant. Emma Maembong melompat-lompat mahukan botolnya juga. Din capai satu. Sebiji lagi digosok-gosok di tepi betisnya.

“Macam kerusi seringgit kat giant tu…” Din Koboi angkat-angkat kening.

Hari ini, saya belajar sesuatu dari Din Koboi tentang kegunaan botol deodorant yang kosong.

KELUARGAY BAHAGIA

Ijam ajak jalan-jalan cari seluar office cap mahal. Kalau boleh nak yang ada side tepi bila kena seterika. Dan, semestinyalah seluar demand tinggi kena cari di shopping complex.

Saya layankan sahaja perangai makhluk ini yang tiba-tiba gawat nak cari seluar ala menteri hal ehwal gst.

Kalau ada lebih, Ijam nak sambar tali pinggang kepala kecik sikit kulit warna hitam.

Dari dalam kereta, congak-congak bodoh saya campur makan merapu dan segalanya. Mahu dekat-dekat 300.

Maka, tibalah kami ke shopping complex barang mahal tapi reject sikit kata orang.

Ijam dok selongkar size. Warna dah confirm.

Ijam dok acah2 lilit pinggang. Warna pun dah confirm.

Saya dok usya2 awek, mana satu saya belum confirm.

Maka, sebagai penasihat fesyen dan pakar gaya semasa. Saya pun ikut serta menunggu di depan fitting room. 4 jamban penuh, pintu berkunci.

Ijam tolak pintu yang hujung. Menjerit dia…”woi….!!!”

Satu outlet senyap 4 saat.

Dari hujung fitting room keluargay bahagia cap melayu. Seorang pakai short pants merah ketat menyembul dengan rambut karat. Seorang lagi pakai jeans kecut kaki senteng ala-ala hero drama kayu dengan kemeja lepas butang atas. Kesat2 mulut. Jalan menonong macam keluar tempat selipar waktu sembahyang Jumaat.

Budak outlet datang tanya soalan. “Kenapa bang….??”

“Kau tak nampak tadi dua ekor babi lalu” Ijam moody.

Gua pandang-pandang cctv buat peace, mana tahu kot-kot malam nanti viral.

KRONOLOGI SEBUAH PETI TELE-BESEN

Prak… Prak…. Prak…. Prak….

Dua orang pakcik saya bergaduh pusing tombol channel tv toshiba hitam putih ala-ala akuarium ikan gapi.

Tek….tek…tekkk….tekkk…

Sepupu saya bergaduh dengan adiknya bertukar-tukar tekan nombor channel.

Tekkkk….tis….tekkkk…tiss….tekkk….tis….

Makcik saya bergaduh dengan anaknya berebut channel. Seorang pegang remote seorang depan tv.

“Hey mamak….! Kasi tutup lu punya TV. Apa ini…orang mahu makan kasi cerita binatang-binatang…ular?”

Saya tak suka tengok tv.

SAYA PEMALU ORANGNYA

Saya ni, jenis yang memang susah nak meluahkan.

Benda yang paling saya suka. Paling saya sedih. Paling saya benci,meluat,orgasm atau sebagainya. Di par paling maximum biasanya saya simpan sendiri.

Maka, itulah fitrah saya.

Jadi, tidaklah hairan kenapa awek-awek cun Malaya ramai yang tak tahu saya memang admire mereka. Walaupun tulisan mereka waktu itu hodoh dan berkerawit halus seperti cacing.

Oh…tidak. Saya bukan jenis perahsia. Cuma, benda yang par tinggi dan thrill perasaan hebatnya saya lebih rela pendam sendiri, walau kadang kala memakan diri.

Macam…Kasut Adidas Campus di tahun 90’an warna biru tua. Harganya RM150.00 terpaling murah. Pendapatan seminggu $7 belum tolak rokok dunhill batang lagi, entah abad ke berapalah saya mampu pakai kasut begitu. Maka saya pendam sahaja berahi itu, jauh-jauh hingga hilang minat.

Pernah sekali tu saya terminat beg kulit Timberland. Jumpa di bundle. Duit tinggal 4 keping- 3 merah 1 hijau kelabu. Kawan-kawan support moral nak bagi pinjam sekeping dua. Tangan dah mula gatal. Tapi akhirnya, beg saya kembalikan di rak biar tinggal jadi cita-cita. Takut minggu depan kurang ongkos nak berasap, jenuh tebal-tebal muka nak pow rokok kekawan.

Tapi, hari ini saya mesti luahkan juga.

Dakwa-dakwi tolak tepi. Moral down tolak tepi. Table manners buang ke parit tepi tu kejap. White flag memang tak pakai.

“Mu bayar ni Pok Wie, kawe nak gi tengok setem bentar kek pejabat pos nu ha…..”

Hari itu Pok Wie bayar. Saya makan lauk je…order air gelas besar buah potong. Tinggalkan dia setengah lap di belakang.

2x saya kena. Hari ini saya curi satu point.

1-2

Saya ke Mesyuarat PIBG 1996

Guru-guru dan ramai ibu bapa telah masuk dewan mesyuarat. Bilik darjah pintu lipat, dibuka-buka menjadi dewan jadi-jadian.

Guru besar lain macam smartnya. Tak pernah2 pakai tali leher, hari ini menjadi-jadi pulak dress up dia.

Saya berdiri, mundar-mandir tepi-tepi tetamu yang ramai untuk boost up moral.

Sekolah kami lebih hingar bingar berbanding waktu rehat budak Tingkatan 1. Nyata ibu bapa kalau berkumpul dengan cikgu-cikgu lagi jauh ke laut displin mereka. Ada juga yang selamber hisap rokok di pondok bacaan tepi pagar. Sempoi betul…bapak siapa entah.

Ada yang cuma berselipar jamban. Ada yang fly kotak air ke dalam longkang kura-kura. Ada juga yang criett…!! Sireh fire belakang kura-kura. Mujur miss.

Kaunter daftar kehadiran telah dibuka. Semakin pasar jadinya suasana pra mesyuarat PIBG sekolah sebelum mula sesi satu. Bahasanya seperti radio kereta ayah saya mencari siaran di Gua Tempurung.

“Awak buat apa di sini?” Tanya Cikgu cantik.

“Mesyuarat lah cikgu…”kata saya macho

“P.I.B.G – persatuan….ibu.. Bapa dan Guru….Awak yang mana?”

“Saya…persatuan..”

Cikgu bulu-bulu jeling. Saya pun jalan. Misi mee goreng bekas besi gagal lagi.